Assalamualaikum..
Keberkatan rezeki dan tanda2 kematian. Mesti korang pelikkan tibe2 aje kite timbulkan topik ni. Sebenarnya sejak petang tadi masa balik dari kelas kite duk fikir je pasal ni.. tak tahu kenapa tapi hati dan jiwa ni rasa resah dan gelisah. Banyak yang bermain dalam kepala ni sampai memikirkan sesuatu yang tidak terjangkau oleh fikiran.
Topik ni ditimbulkan oleh lecturer kite dalam kelas tadi. Masa waktu break lima minit nak makan gula2 pon tak boleh sebab bulan puasa...wakaka So, kite dengarlah sedikit ceramah atau mungkin tazkirah ringkas daripada lecturer kite. Mula2 tu sembang2 pasal keberkatan rezeki yang kita dapat. Dia cakap dia pon dengar ceramah Ustaz Kazim Alias waktu sahur dan ustaz tu cakaplah pasal rezeki dan berkatnya. Dia cakap dia pon bukanlah islamic sangat means belum betul2 cukup untuk dikatakan sebagai wanita yang banyak ilmu agamanya tapi dia sangat titik beratkan dalam soal rezeki dan berkat ni. Maksudnya kat sini kadang2 kita kena fikir tentang rezeki yang kita dapat tu sumbernya daripada mana? Dan rezeki kita tu kita salurkan ke mana? Bagi kepada siapa?
Ustaz Kazim Alias penah timbulkan isu anak2 yang degil. (tapi kite belum kawen and takde anak lagi tau..kikiki) Cuba kita tanya pada diri kita sendiri kenapa anak kita jadi degil. Sebagai ibu bapa mungkin kita dah bagi didikan yang baik dan sempurna ilmu agama pon tak kurang tapi tetap anak jadi degil dan kurang ajar. Salah siapa? Salah siapa? Ustaz cakap, kadang2 terjadinya anak2 macam tu mungkin salah kita sebagai ibu bapa jugak. Kadang2 kena tengok jugak rezeki yang kita dapat tu sumbernya dari mana? Means gaji la bagi yang bekerja tu..gaji yang kita bagi anak2 kita makan. Tak semestinya kerja yang halal tu halal jugak untuk kita anak beranak. Kena fikir dengan cara apa dan bagaimana sesuatu kerja tu kita dapat? Kalo jadi students tu cuba fikir balik macam mana kite past dalam exam tu? Tak dinafikan la kan students sekarang lebih ramai yang menoyol semasa exam..faham tak menoyol tu ape? Menoyol tu same la macam meniru! Tak kisahlah dalam final exam ke, test or kuiz ke meniru kan tetap dikira sesuatu yang haram dalam erti kata study ni. Tu jugak dikira sebagai sumber rezeki kita. Sebagai student penah la jugak kite buat mende2 camtu tapi kiralah tu zaman jahiliah kite..mende yang lepas ape yang nak dikenangkan..fikirkan yang sekarang ni..bertaubatlah..
Lepas tu kena tengok jugak hubungan kita dengan mak ayah kita. Macam mana zaman muda-mudi tu kita layan mak ayah kita? Allah Maha Adil, setiap apa yang kita lakukan tu akan dibayar semula.. mungkin kat akhirat atau mungkin jugak kat atas dunia ni.. kalo bukan kena dekat kita pon mungkin akan kena dekat anak2 or cucu2 kita.. So, fikir2kanlah.. ingatan untuk diri kite jugak. Takut ada yang kite lalai dan terlupa dan dalam tak sedar kite lakukan sesuatu yang salah.. nauzubillah...
Pastu my lect sambung pulak cakap pasal tanda2 kematian and hari kiamat. Bila cakap pasal ni terus meremang bulu roma. Rase takut sangat. Dia cakap pasal ni pon sebab biasa la kan bila tiba bulan Ramadhan ni macam2 cerita yang menginsafkan diri ada. Bagus jugak ada cerita2 macam tu kadang2 boleh buat diri kita jadi terfikir dan insaf. Baru2 ni pon kecoh jugak pasal belog budak UTEM yang accident dan ibu arwah ceritakan rentetan hari2 terakhir arwah sebelum meninggal..Innalillah.. daripada Dia kita datang dan kepada Dia jugak kita kembali..
Arwah sangat gifted sebab dia tahu tanda2 kematian dia. Setiap orang memang akan dapat tanda2 kematian ni tapi dalam sedar or tak je. Kalo dah tahu and kita perasan bersyukur la kan sebab mase tu kita akan cuba ubah diri kita kepada yang lebih baik dan lebih bersedia sebelum nyawa dijemput tuhan. Tapi, kalo tak sedar? Masa akan terbuang macam tu aje.. Cerita kat TV sekarang ni pon banyak jugak yang ceritakan pasal detik2 sebelum kematian.. 100 hari sebelum kematian, 40 hari sebelum kematian, 7 hari sebelum kematian, 3 hari sebelum kematian, 1 hari dan tanda akhirnya.. Kalo nak tahu google je mesti banyak and bila bace memang meremang bulu roma dan takut sangat. Tapi kalo sekadar rasa takut, tapi kita tak cuba untuk memperbaiki diri tak jadi jugak kan? Kita la yang kena ubah diri kita kalo bukan kita siapa lagi kan?
Tanda2 kiamat kecil pon dah banyak sekarang ni.. kadang2 tu rasa takut sangat sebab dunia ni macam dah tak lama nak berakhir.. rasa macam banyak lagi amal2 yang kurang, tu belum lagi campur dengan perkara wajib yang kita wajib buat. Semoga kita sama2 ubah diri kita ke arah yang lebih baik.. kalo nak cakap pasal benda ni memang sampai bila2 pon takkan habis..fikirlah sendiri.. :)
Kite ada dengar satu lagu ni tau.. rase meremang bulu roma.. nak share jugak kat korang.. takde niat ape2 pon macam nak takutkan korang ke apa tapi rase macam nak share je untuk peringatan dan semoga timbul keinsafan dalam diri.. :)
Chrisye ~ Bila tangan dan kaki berkata..